Selamat berjuang di Dataran Pahlawan...
Sunday, August 25, 2013
Pembinaan Negara Bangsa
Persoalan negara bangsa selalunya
tidak asing dalam mana-mana sesi perbincangan berkenaan sesebuah negara dan
perkembangannya, lebih-lebih lagi dalam menghadapi cabaran abad ke-21. Di
Malaysia, pembinaan negara bangsa sudah menjadi matlamat utama yang ingin
dicapai kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh masyarakat
pelbagai kaum. Keupayaan membina sebuah negara bangsa dilihat sebagai kemuncak
kejayaan sesebuah negara, pentadbiran dan penduduknya. Konsep negara bangsa
merupakan gabungan tiga komponen utama iaitu negara, individu dan bangsa. Menurut
Jayum A.Jawan (1997), pembinaan negara bangsa merujuk kepada proses memupuk
penghayatan dan pengalaman sifat-sifat kenegaraan dan sesebuah negara yang
bertaraf bangsa yang sudah mencapai suatu tahap integrasi dan perpaduan yang
sempurna. Selaras dengan
pembentukan wawasan negara bangsa, pendidikan berperanan sebagai alat
sosialisasi politik bagi membina kesedaran baru dan membangkitkan imej baru
Malaysia sebagai sebuah negara bangsa. Sejarah boleh digunakan sebagai asas
pembinaan negara bangsa melalui proses-proses membentuk kesinambungan, perpaduan,
negara bangsa, mengorak perubahan sosial, ekonomi bangsa negara serta sumber
inspirasi. Proses kesinambungan ini dapat diperoleh melalui pendidikan sejarah serta
membolehkan pembinaan negara bangsa dicapai hasil penelitian terhadap kewujudan
atau pembentukan masyarakat.
Subscribe to:
Posts (Atom)